Wednesday, July 30, 2008

Pelik Tapi Benar

Sebulan yang lepas, aku telah disahkan oleh doktor ada penyakit kencing manis dengan bacaan yang amat menggerunkan - biarlah rahsia. Mulai hari itu aku dengan taat setianya juga dengan perasaan yang bercampur baur telah mula mengambil beberapa pil ( makanan tambahan ) dari Amway dan pil yang doktor berikan.

Seminggu kemudian aku ke Kuantan, tapi sebagai co-pilot sahaja. Dalam perjalanan ku dapati mataku kabur, maka tidak dapat lah aku menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan disepanjang perjalanan Karak Highway. Pada masa itu terlintas difikiranku" Adakah Tuhan ingin menarik semula deria penglihatanku. Aku tidak berani menceritakan kepada adik-adikku bahawa inilah kesan daripada penyakit kencing manis yang mungkin telah lama aku hidapi ( Inilah akibat daripada sikapku yang kerap minum minuman dalam tin/kotak, air tebu, kasturi epal kat Secret Recipe ,cendol Banting, ais krim dan makan durian ).

Di Kuantan, semasa sarapan pagi aku hanya mengambil air suam dan epal sahaja ( padahal sebelum ini epal la buah yang paling aku tidak suka ). Lantas adikku bertanya kenapa aku hanya bersarapan begitu ?. Terpaksa la aku berterus terang yang aku disahkan mengidap kencing manis. Alhamdulillah , adik2ku memahami situasiku. Entah macam mana , adik iparku terdengar perbualan kami dan mencadangkan aku minum Teh Rooibos dari keluaran K_Link.

..... selepas sebulan kemudian....doktor telah mengesahkan aku telah bebas dari penyakit itu.
Alhamdulillah syukur nikmat Tuhan..
1. aku sekarang boleh memandu tanpa memakai cermin mata ( siang dan malam ).
2. aku boleh menonton tv dari jarak jauh tanpa memakai cermin mata.
3. ----- to be continued ..... sbb ada klas

Tuesday, July 29, 2008

Hai SR

Hai kawan2 kat cyber cafe esp Secret Rendevous...jgn lupa makan minum bila asyik baca blog. Bawalah buah manggis ke...jgnlah asyik bawa rambutan je.